Cuba lihat dan lihat
Pandang dan pandang
Yang jelas di mata
Yang terlindung tersirat
Yang tersirat menjadi tersurat
Cuba dan terus cuba
Cuba cuba cuba
Senyum senyum senyum
Tidur tidur tidur
Hehe :)
menulis dengan huruf huruf membina perkataan demi perkataan a b c kemudian terbentuk lah satu maksud yang hanya difahami cuba dimengerti.. kehidupan tanpa arah tidak berguna kehidupan memerlukan pengorbanan ungkapan meluahkan ungkapan meredakan apa yang terbuku.. fahami isi hati.. manusia biasa
Saturday, 20 December 2014
Satu dua tiga
Layang layang
Melihat layang-layang
Bermain layang-layang
Suka melihat kegembiraan dan senyuman yang terukir di riak wajahnya
Itu kepuasan bagi nya
Itu kebebasan bagi nya
Berlari ke sana ke sini
Melompat dengan senang hati
Tertidur keletihan di malam hari
Moga hidup kamu berjaya di dunia dan akhirat..
Moga kamu menjadi anak yang soleh
19 Disember 2014
Dah lama tidak ku coret apa yang aku inginkan di sini..
Hujan yang melanda bumi adalah satu rahmat
Banjir itu pula adalah dugaan
Sabar… apa yang berlaku semuanya sudah direncanakan..
Cuma kita yang tidak tahu…
Doakan agar semuanya dipermudahkan segala urusan..
2014 akan semakin dekat menutup tirainya…
Friday, 21 November 2014
Kentang Putar
Cerita kentang putar…
Masa budak-budak dulu bila dapat makan KFC itu lah yang paling seronok…
Makan berebut-rebut..
Bila ingatkan kentang putar ni aku teringat arwah abang aku…
Dia merajuk marahkan aku gara-gara aku campurkan kentang putar dengan sos cili…
Beza umur kami hanya 1tahun..
Jadi memang lah kami selalu gaduh berebutkan apa-apa..
Banyak kenangan bila diimbau kembali
ALLAH S.W.T lebih sayangkan dia
Kita di dunia hanya pinjaman semata-mata
Moga arwah tenang di sana..
Al-fatihah..
Tuesday, 5 August 2014
Gerhana bulan
Gerhana matahari
Gerhana hati
Gerhana meteor
Engkau datang engkau pergi
Pergi pergi pergi
Satu pekara satu ingati
Kini kan pergi
Hidup yang macam ini
Hidup begini…
Hanya sekecil zarah
Moga Gaza beroleh kemenangan
Moga syahid menanti kita
Siapa akan peduli
Usah peduli…
Ya Allah… dugaan ini buat orang yang kamu sayang..
KepadaMu ku bermohon
KepadaMu ku meminta
Tulisan itu satu bicara
Bicara tanpa noktah
Bicara untuk sebuah ketenangan..
Moga aku tenang setenang mereka…
Moga aku bangkit..
Monday, 21 July 2014
22 Julai 2014 / 24 Ramadan 1435H
Takziah untuk semua keluarga MH17..
Moga dipermudahkan segala urusan…
Di kala pagi..
Ingin aku coretkan yang kini masa berlalu terlalu pantas..
Ku terasa sekejap saja masa berlalu dan kita semakin menghampiri pengakhiran dan kemenangan buat kita..
Sebulan ku rasakan seperti seminggu
Masa makin cepat putarannya
Pelbagai dugaan timbul..
Kita sekarang melalui masa-masa terakhir
Doakan buat semua
Doakan buat mereka yang masih hidup @ sudah meninggal dunia..
Kasihani mereka yang masih hidup
Sedekahkan doa buat mereka yang telah tiada..
Janji Allah S.W.T itu pasti
Kita akan pergi..
Buat Gaza.. Ku rasakan gelombang semangat kemenangan kota Gaza kali ini
ALLAH S.W.T sentiasa ada bersama kita..
Mari sama-sama kita berjuang walau umpama sebiji sawi…
Thursday, 10 July 2014
SATU
SEKUAT NAMAMU
ANAK KECIL ITU MENANGIS
JIWA YANG MENANGUNG LAGI BERAT
SAMPAI BILA KITA AKAN TERUS TIDUR???
MANA KITA SEBAGAI SAUDARA SEAGAMA
MANA KITA DIKALA MEREKA BERDUKA???
TANAH MEREKA DIRAMPAS DENGAN HATI YANG HITAM
YA ALLAH BANTULAH MEREKA
BERIKAN MEREKA KEKUATAN
BERIKAN MEREKA KESABARAN
BERIKAN MEREKA BANTUAN
BERSAMA BERJUANG DEMI AGAMA
SATU MASA INI AKAN DITANYA
KENAPA KITA BERDIAM TANPA KATA???
DOAKAN MEREKA
KERANA MEREKA MEMERLUKAN SOKONGAN KITA
11 JULAI 2014
SOKONGAN ANDA SEMUA AMAT LAH BESAR BUAT MEREKA DI SANA
KONGSIKAN BERSAMA KELUARGA, RAKAN DAN UMUM
TERIMA KASIH
Wednesday, 9 July 2014
10 JULAI 2014/ 12 RAMADAN 1435H
TIDAK KIRA SIAPALAH KITA
BERAPAKAH UMUR KITA
BERAPAKAH HARTA KITA
BERAPA BESAR KEDUDUKAN KITA
MARILAH KITA BERSAMA-SAMA BERDOA KEPADA ALLAH S.W.T DI BULAN YANG PENUH KEBERKATAN INI
SAMA-SAMA KITA BERDOA AGAR SAUDARA-SAUDARA SEAGAMA KITA DI GAZA SELAMAT DARI SERANGAN ISRAEL!!!
KITA TIDAK DAPAT MEMBANTU DARI SEGI KEKUATAN TAPI KITA MAMPU BERDOA BERSAMA!!!
SEMOGA SEGALA URUSAN MEREKA DIPERMUDAHKAN
Monday, 7 July 2014
7 JULAI 2014
SEKEJAP DI RASA MASA BERLALU SUDAH 9 RAMADAN HARI INI
BULAN YANG PENUH BERKAT BULAN YANG PENUH RAHMAT
SIAPA TAHU ANDAI RAMADAN INI YANG TERAKHIR UNTUK KITA JADI JANGAN SIA-SIAKAN MASA YANG ADA
REZEKI DI BULAN RAMADAN MELIMPAH RUAH
TERUTAMA UNTUK ANAK-ANAK YATIM
SENTIASALAH RAIKAN MEREKA WALAU BUKAN DI BULAN RAMADAN
BERSEDEKAH ITU MEMBUKA REZEKI LEBIH DARI APA YANG KITA SEDEKAH KAN
BUAT YANG BERKELUARGA, BERKELUARGA ITU JUGA MEMBUKA REZEKI
ANAK-ANAK ITU ADA REZEKI MEREKA SENDIRI
JANGAN RASA TINGGI BILA KAMU DI ATAS
JANGAN DI HINA MEREKA YANG DI BAWAH
CARILAH REZEKI DENGAN IKHLAS
KONGSIKAN BERSAMA MEREKA YANG MEMERLUKAN
BAGI MEREKA YANG DI ATAS JANGAN MENGATAKAN OWG YANG BERKELUARGA ITU PAYAH UNTUK MELAKUKAN SESUATU..
TANGGUNJAWAB ITU AMANAH
JANGAN JADIKAN ITU SEBAGAI ALASAN UNTUK KATAKAN KAMU ITU BETUL
KERANA
REZEKI ITU DITANGAN ALLAH S.W.T..
SALAM RAMADAN DAN MOGA KITA SEMUA AKAN SAMPAI KE PENGHUJUNGNYA
Saturday, 28 June 2014
29 Jun
Selamat berpuasa
Selamat menyambut bulan ramadan
Selamat bersahur
Moga ramadan ini penuh makna untuk semua
Bulan yang penuh dengan keberkatan
Moga kita semua sentiasa di dalam keredhaan-Nya.. Amin..
Wednesday, 25 June 2014
A B C
Pokok is hijau
Tanah is kuning
Nasi is putih
Arang is hitam
Macam-macam warna
Macma-macam ragam
Macam-macam gaya
Macam-macam ada
Nasi goreng kampung
Nasi goreng thai
Nasi goreng ikan masin
Nasi goreng cili padi
Manis
Masam
Masin
Positif
Neutral
Negatif
Tambah
Tolak
Darab
Bahagi
Hari ini makan maggie
Esok makan nasi
Air putih
Air manis
Air mati
Saturday, 21 June 2014
21 Jun 2014
Perancangan dan perancangan untuk bulan yang mendatang
Aku lihat dan bercakap dengan si kecil
Cakap nya pandai dan membuatkan aku tersenyum
Zaman kanak kanak adalah zaman paling banyak kenangan nya
Ada suka suki yang amat banyak..
Masam nya pun ada..
Kini usia semakin tua
Seperti tua ny bumi ini
Berharap dapat lakukan yang terbaik untuk si kecil…
Kerana dia zaman masa kecil ku
Sunday, 15 June 2014
Wednesday, 11 June 2014
10 Jun
Hujan dan guruh..
Alhamdulillah hujan turun..
Boleh dgr bunyi air hujan…
Tenang bila di dengar…
Sejuk bumi ini pAbila ditimpa hujan
Bumi ini telah lama panas…
Rintik-rintik hujan mencipta satu melodi satu irama..
Terima kasih Ya Allah di atas rahmat-Mu ini
Monday, 9 June 2014
MASAK LEMAK CILI API
KEMUDIAN MENJADI COMOT..
ALHAMDULILLAH REZEKI HARI INI
SYUKUR KEPADA-MU YA ALLAH..
Sunday, 8 June 2014
BENDI GORENG+TELUR > DAGING MASAK ITAM > DAGING DENDENG
PERTAMA KALI MASAK DAGING DENDENG..
DIMASAK DAN DIMAKAN PANAS-PANAS BERSAMA NASI PUTIH..
BOLEH MENAMBAH NASI DALAM TAK SEDAR..HEHEHE
SEDAP HINGGA MENJILAT JARI
MASAK SENDIRI PUAS HATI
MASAK SENDIRI YA SEMUA..
Friday, 6 June 2014
6 june 2014
masa time
masa masa tidak tahu ku mahu menaip apa
Wednesday, 4 June 2014
4 JUNE 2014
HARAPAN UNTUK MEMBERIKAN KEBAHAGIAN BUAT NYA
HARAPAN AGAR DIA SENTIASA SIHAT DAN CERIA
HARAPAN UNTUK SENTIASA MEMBAHAGIAKAN DIRI NYA
DI KALA KU DI RESAH HATI DIA MEMBUATKAN KU BAHAGIA
DIA MEMBUAT KU TERSENYUM
DIA LAH PENAWAR DI KALA DUKA
TAPI DIA MASIH BELUM MENGERTI APA-APA
USAI SERING DISURUH PERGI
PERGI PERGI PERGI
AKAN PERGI BILA MASA MEMANGGIL KU
AKAN KU BAWA DIA BERSAMAKU
Tuesday, 3 June 2014
Thursday, 29 May 2014
Tuesday, 27 May 2014
27 MEI 2014
MENDUNG PULA TAK SEMESTINYA HUJAN
SELEPAS HUJAN TIDAK SELALUNYA ADA PELANGI
HIDUP INI JUGA TIDAK SEPRTI APA YANG KITA INGINKAN
PENGORBANAN DAN HARAPAN
KASIH SAYANG DAN IKATAN
PERASAAN DI HATI TIDAK DAPAT DIUNGKAPKAN
SIAPA LAH KITA UNTUK MENILAI DIRI KITA
APA YANG KITA LAKUKAN SENTIASA DIPERBANDINGKAN
SIAPALAH AKU YANG TIADA APA-APA INI
SIAPALAH AKU UNTUK MEMBUATKAN MEREKA BAHAGIA
SIAPALAH AKU UNTUK MEMBUAT MEREKA TERSENYUM
MAMPUKAH AKU MEMBERI APA YANG DIINGINKAN
TERDETIK DIHATI APA SALAHKU LAGI
USAHA UNTUK MEMBERI YANG TERBAIK
TIADA AKU MEMINTA
APA YANG AKU BERI TIDAK BOLEH DIAMBIL???
KENAPA???
KERANA AKU TIADA APA-APA?
KERANA AKU TIDAK MAMPU MEMBERI???
SAMPAI HATI...
SATU AYAT TAPI TERKESAN DIHATI
SATU AYAT
MEMBUAT JIWA KU MENANGIS
MAAF
AKU MASIH BELUM MAMPU MEMBERI
BELUM MAMPU MENJADI SEPERTI YANG DI INGINKAN
TAPI AKU PUNYA HATI..
Monday, 26 May 2014
JAM 7:03 MALAM
masa sekarang amatlah cepat berlalu
24jam itu tidak sama seperti 24jam tahun 1999
kenapa ya??
kerana bumi kita sudah tua..
sudah berada di pengakhirannya...
isi lah ruang masa dengan pekara yang sepatutnya
jangan dikejar harta semata-mata
ilmu agama perlu dicari perlu digali
semoga kita sentiasa dipermudahkan urusan oleh-Nya...
semoga kita berada di dalam keredhaan-Nya..
Tuesday, 20 May 2014
HIJAU
mengamit suatu rasa
mendamaikan jiwa,,,
cuba dikala engkau dirudung resah pandanglah akan kehijauan
di kala pokok yang melambai di petang hari
di kala daun-daun menari-nari
cuba dan cuba dan engkau akan merasai satu perasaan yang cukup indah
itu lah keindahan dunia ciptaan Allah S.W.T
bersyukurlah kepadaNya
kehijauan itu mendamaikan
kehijauan itu membahagiakan
kehijauan itu menenangkan...
Monday, 19 May 2014
Friday, 16 May 2014
HUJAN
adalah rahmat dalam sekelian alam..
pabila kemarau hujan lagi ditunggu kemunculannya
titisan air hujan umpama ujian dalam kehidupan...
hujan berserta ujian serta pengharapan..
setiap manusia suka akan ujian bersabar ketika ujian
ujian untuk menguji keuntuhan kekentalan emosi serta jiwa kita...
siapa lah kita untuk menolak ujian yang sudah tertulis sebelum kita dilahirkan lagi..
apatah lagi telah tercorak indah sekali
pengharapan selepas hujan... akan timbul mentari atau pelangi nan indah
ujian membuatkan kan kita dewasa
hujan memberi kita rezeki..
diri ini amat rindukan hujan
titisan hujan membuatkan hati ini gembira
seperti pokok yang melambai di petang hari
siapa kita untuk menolak ujian...
bersabarlah dengan setiap ujian yang dilalui kerana pasti ada kebahagian di sana
kuat kerana harta berharga yang ada
kuat kerana kuatnya keyakinan kepada MAHA PENCIPTA...
redha akan ketentuannya
sabar dengan kurniaanya
hujan dan airmata
hujan dan ujian
hujan dan rahmat
hujan dan pelangi
hujan dan aku
-nukilan: bittuinmoon
16 MEI 2014
Jalan-jalan cari makan
Jalan-jalan cari pasal
Kata-kata macam apa
Ingat engkau siapa
Engkau bukan siapa-siapa
Bukan pemimpin yang adil
Engkau guna kuasa
Bodoh Bodoh Bodoh
Bodoh tidak boleh di ajar
Bodoh lebih pada budak-budak
Otak bukan dekat kepala
Otak letak dekat kepala lutut
Betapa rendahnya otak engkau
Sabar itu ada tahap
Sampai satu tahap
Terus campak letak tepi
Sebab dah tidak berguna
Buang masa jaga yang tidak guna
Friday, 9 May 2014
Tuesday, 29 April 2014
29 APRIL 2014
Rezeki
Sumber kewangan
Mencari sesuap nasi
Ungkapan yang memberi makna yang sama
Perjalanan hidup yang harus ditempuhi dalam hidup kita
Tapi macam mana pula dengan dalam mencari rezeki keringat diperah tanpa bayaran
Dunia sekarang ini lah kebanyakan yang terjadi
Yang kaya semakin kaya
Yang miskin di tangkuk sama
Semua orang inginkan kehidupan yang bertambah baik
Berusaha.. Tapi orang yang di atas menindas yang dibawah..
Sampai bila semua ini akan berterusan…
Bantulah kami yang tertindas…
Permudahkan lah usaha kami mencari rezeki yang halal…
Friday, 18 April 2014
2014
ASSALAMUALAIKUM…
Alhamdulillah..
Saya hanyalah insan biasa saya bukanlah bijak pandai..
Apa yang tertulis hanyalah luahan hati saya.. Dengan bermacam-macam hal yang berlaku pada hari ini hari-hari sebelum ini sukar untuk kita menilai apa sebenarnya yang berlaku pada masa kini…
Pelbagai kejadian dengan isu jerebu, hilangnya persawat MH370,krisis air, panas yang melampau, sejuk yang tidak pernah-pernah negara kita alami…
Ingatlah.. Terjadinya perkara-pekara sebegini untuk kita kembali kepada-Nya..
Dunia ni hanya sementara… Dunia ni syurga bagi mereka yang cintakan dunia..
Syurga sebenarnya di sana..
Belum terlambat untuk kita kembali kepada-Nya..
Perancangan dunia luar terhadap negara kita sendiri semakin rancak diperkatakan.. Buta hati kita untuk melihat pekara ini apabila kita cintakan duniawi..
Takut apabila memikirkannya…
Bimbang akan apa yang akan berlaku..
Apakah kesudahannya..
Bagaimana nasib kita..
Bagaimana anak-anak kita..
Mati itu pasti..
Kita berada pada penghujungnya yang kita sendiri tidak pasti kesudahannya..
Wednesday, 16 April 2014
KALAU EXCEL MUNCUL "THERE WAS A PROBLEM SENDING THE COMMAND TO TO THE PROGRAM"?
saya pernah dan baru berjaya selesaikannya selepas satu tahun gara-gara abang kecil yang suka tekan-tekan saya punya laptop...
kejadian ini berlaku tahun lalu ketika saya tengah sibuk dengan Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA)
masa tu nak nangis pun ada sebab data yang nak kena edit memang banyak...
sabar saja lah...
macam ni lah lebih kurang masa tu..
keluar perkataan ini bila saya ingin membuka fail excel di dekstop laptop saya...
hanya dengan cara membuka excel dari Start Menu baru lah dokumen excel saya boleh dibuka dengan menggunakan open untuk setiap fail yang hendak dibuka...
melambatkan masa kan untuk mebuka satu-satu fail iatu data untuk setiap hari selama 24 jam selama 6 bulan...
saya pun Google dengan menaip perkataan "THERE WAS A PROBLEM SENDING THE COMMAND TO THE PROGRAM"?
dan hasilnya...
http://www.interworks.com/blogs/jdavis/2010/02/01/excel-2007-there-was-problem-sending-command-program.
sekarang masalah saya sudah selesai..
Alhamdulillah...
yang belum selesai untuk install Autocad...
Sunday, 13 April 2014
SeLaMaT HarI LahIr aBaNG
selamat hari isnin...
12April dah lepas..buat abang selamat hari lahir..
moga menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat
Tuesday, 8 April 2014
Monday, 7 April 2014
MASA MAKAN
menu untuk tengahari tadi
roti john versi saya sendiri
alhamdulillah rezeki hari ni..
bersama milo panas...
PERENCAH MASAKAN
sekarang timbul isu berkenaan perencah/kiub penambah rasa untuk makanan di bawah label makanan yang mengeluarkan produk halal..tetapi pada masa yang sama mengeluarkan perencah berasaskan babi...
masalah ini tidak boleh dipandangan ringan kerana dari pemakanan juga boleh mengeraskan hati kita dan menimbulkan titik-titik hitam di dalam hati kita...
saya yang menulis bukanlah seorang ustazah/ustaz tetapi kebanyakan makanan walaupun label nya bertulis dibungkus diluar malaysia tetapi sebenarnya terdapat juga penghasilannya di malaysia tanpa kita ketahui..
jenama yang sama brand yang sama..
penggunaan alatan yang sama..
oleh itu diharapkan semua pihak sentiasa lah beringat tentang hal ini..
Sunday, 6 April 2014
Saturday, 5 April 2014
dulu dengan RM10 kita boleh membeli pelbagai jenis barang sekarang satu pun belum tentu cukup..
perubahan dan penambahbaikan dalam sektor ekonomi kononnya tetapi walhal makin membebankan kita sebagai rakyat..
bergaji sedikit dengan taraf hidup yang semakin tinggi menambahkan masalah dalam hidup berkeluarga apatah lagi untuk keluarga yang mempunyai anak yang bersekolah...
masyarakat sekarang umpama kais pagi makan pagi kais petang makan petang..
mana pembelaan yang diwar-warkan...
makan sekadar yang mampu...
tapi orang yang di atas sana makan dengan mewahnya dan tanpa segan silu melakukan pembaziran...
pabila harga sesuatu barang naik tidak akan ada kemungkinan langsung barang yang naik akibat kenaikan harga sesuatu barang itu akan turun apabila harga barangan itu turun...
kenapa hal ini terjadi..
banyaknya kezaliman yang berlaku di atas bumi yang sementara ini..
mungkin kamu kaya di atas dunia dengan menzalimi orang lain yang berada di bawah tapi sampai satu masa akan tiba pembalasan atas apa yang kamu lakukan....
Al kisah si baju
Al kisah cerita baju….
Sehelai baju dibasuh…
Kemudian lambat kering…
Terjadi lah satu bau..
Bau masam bila lambat kering…
Manusia yang memakai pabila mencium bau itu…
Terbitlah alasan baju busuk dan gatal-gatal…
Itulah alasan hendak bertukar baju…
Sekian kisah baju pada hari ini..
Wednesday, 2 April 2014
1
3 APRIL 2014
mungkin bagi manusia perasaan itu bukan apa-apa
segala-gala nak bercerita "aku lah betul engkau lah salah"
selagi aku mampu..
bukan sikap aku untuk menunding pada orang lain bila salah ku sendiri
tapi orang lain tak kan sama seperti diri kita...
menyalahkan orang lain untuk menggelak kan diri dr salah sendiri
banyak nya cerita buruk yang tereka untuk menghalalkan cara
siapa yang menjadi mangsa???
hanya sebelah pihak yang menang???
menang lah di dunia...
ambiklah semua
siapa sangka siapa menduga
orang yang memutar belit cerita orang yang bersama kita
mungkin rambut sama hitam tapi hati siapa yang tahu
hati tu hitam untuk menutup kebaikan serta menimbulkan keburukan
walhal apa yang kita buat hanya lah sampah di mata nya..
moga-moga semua ini cepat berlalu
bukan ingin kan begini
tapi seandainya ini yang terbaik...
melepaskan lebih baik dari begini...
manusia biasa
Apa pekara yang kamu lakukan orANG tidak hargai..
Atas sebab munasabah kamu harus lakukan..
Tiada makna apa yang kamu kerjakan dan tiada yang akan menghargai kepenatan diri kamu bila hasad dengki timbul…
Sukar untuk memperolehi orang yang memahami apatah lagi ingin bertolak ansur dengan diri kamu
Di mana pengakhiran semua ini
Musim yang berubah seperti cuaca yang berubah tanpa kita ketahui pada esok hari
Orang yang tidak berpuas hati dengan apa yang kita ada dan kita mampu lakukan
Kekayaan menjadi pegangan bukan kasih sayang menjadi tautan
Harta yang dikejar semata-mata bukan keluarga menjadi keutamaan.
Sementara hanya di dunia
Jangan berkata kata andai tidak mampu melangsaikan nya
Jangan membanding andai tidak melaluinya
TERSIRAT MENYIRAP SIRAP LAICI
akan ada orang yang tidak suka dengan cara kita
kita hidup senang pun akan ada orang yang tidak suka
kadang-kadang apa yang kita nak lakukan orang lain yang nak tentukan sebab dan penyebabnya takut menyusahkan orang lain...
orang tidak akan ingat kebaikan kita tapi orang hanya akan ingat keburukan kita
cuma kita tunggu dan lihat sejauh mana lagi perjalanan hidup kita
bersabar ada hadnya bila terlampau besabar sampai satu masa kita akan terima semuanya tanpa malas memikirkan diri orang lain yang mana tidak fikirankan kita
teman semasa senang kita akan jumpa ramai tapi teman semasa susah kita akan tahu bila kita susah...
manis mulut ketika baik jahat semuanya bila ada yang tidak kena.
kerana orang lain kita kena sama menangung..membantu tidak salah tapi ada batas nya..
umpama hendak makan nasi tak kan orang lain yang kena suapkan...
kita sendiri ada kerja yang hendak dibuat bukan goyang kaki semata-mata
bantuan tidak salah tapi kita bukan supir yang boleh dibuat serba benda
manusia itu ada hati ada perasaan\
jangan kerana ada kuasa orang lain diperendahkan
kerja yang orang bawahan buat tidak salah kita membantu..
jangan menyombong di bumi pinjaman kerna hidup ini sementara dan sampai masa kita akan kehilangan semuanya...
Saturday, 29 March 2014
29 MAC 2014
Hidup dan perjalanan hidup.. Aku berserah padaMu ya Allah s.wt hanya Engkau yang mampu merungkai segalanya..
Aku sudah berusaha mungkin ada jalan terbaik yang Engkau sudah sediakan buat diriku..
Thursday, 20 March 2014
PERMATA HATI KU JANTUNG HATI KU
Membuat aku bahagia
Membuat aku kuat
Gayanya membuatkan aku geram tapi itu lah yang menenangkan pabila kesedihan
Dia amanahku.. Akan ku jaga selagi daya ku..
Moga dia menjadi pemimpin dalam agama...
Mama sayang kamu..
Moga hidup kamu berjaya dunia akhirat
Moga segala urusan kamu dipermudahkan..
Amin..
Tuesday, 18 March 2014
19 MAC 2014
TIDAK TERLUAH APA YANG HENDAK DILUAH
AKU SEMAKIN PENING.. DITOLAK KE KIRI KANAN MACAM LALANG..
SAMPAI SATU MASA BOLEH ROSAK OTAK AKU NAK MEMIKIR SEMUA BENDA..
Monday, 10 March 2014
Friday, 7 March 2014
Hidup ini roda.. Roda yang berputar setiap masa.. Kita sendiri tidak tahu penghujung pengakhiran hidup kita.. Ya Allah.. Berikanlah kebahagian kepadanya.. Walau aku bersedih mungkin ini yang terbaik.. Berikanlah kebahagian dan kemudahan urusan buat kedua orang tua ku.. Aku tidak mampu membalas jasa mereka lagi.. Yang Allah S.W.T seandainya hidup aku sesingkat ini berikanlah mereka kebahgian dan permudahkanlah impian mereka untuk ke Mekah…. Walau apa yang orang lain katakan ungkapkan kepada aku.. Ak redha.. Biarlah mereka membenci kerana aku hanya manusia biasa.. Moga ALLAH S.W.T bisa melembutkan hati mereka. Ya Allah S.W.T. andai semua ini sesingkat ini ampunkan dosa2 ku dosa2 kedua orang tua ku dosa2 owg sekeliling ku… berikan kami pertunjuk ke jalan Mu.. Berikan kami cahaya pertunjuk Mu..
Sunday, 9 February 2014
PILIHAN
lama tidak mencoret di sini... pilihan??
kadang-kadang kita menjadi pilihan kedua dan seterusnya...kehidupan bersama tak menjamin kehidupan yang akan mendatang...kata-kata dan perlakuan tidak akan sama ketika bahagia atau menghadapi masalah..
mungkin sayang bila masa sayang mungkin benci bila masa benci...dan mungkin perlu bila hanya perlu..
semuanya menjadi satu kesalahan...banyak yang terpendam tidak mampu untuk diluahkan...berbekas di jiwa...persiapkan diri kerana sampai masa kita perlu berdikari untuk memulakan hidup selepas ini....
orang hanya mebantu bila mahu orang hanya memuji bila sayang orang akan mengeji bila kita sudah tidak bererti....YA ALLAH, SABARKAN DIRI KU KUATKAN HATI KU IMAN KU ANDAI INI Y PERLU AKU REDHA...
hidup perlu diteruskan walau apa yang mendatang semua itu dugaan..
DIA tidak akan menduga kita andai kita tak mampu hadapi nya....