Wednesday, 2 April 2014

1

menulis bukan untuk bersengketa menulis untuk meluah...
meluah melalui tulisan...melapangkan hati yang tak keruan..
tak punya sesiapa yang terdekat untuk berbual...
inilah yang setia bersamaku ketika senang susah,,,

maaf..kamu tak mengenali saya..
tidak mengetahui apa yang tersirat..
kamu boleh menilai tetapi sejauh mana penilaian kamu...

tidak mahu menyusahkan hati orang lain memikirkan diri ini kerna mereka sudah punya masalah..
menyimpan semua terbungkus semua 
apa yang dilihat untuk membahagiakan mereka..
kerna mereka telah banyak berkorban...

betapa beratnya dalam kehidupan ini
nampak indah tapi punya cerita di sebalik nya..
pentas dunia lakonan yang terbesar dan kita sebagai pelakon

percaya dan yakin semuanya sudah tersurat
apa yang dapat mengubahnya hanyalah doa...
berdoalah..semoga semua nya dipermudahkan
berusaha dan berdoa..
yakin akan ketentuannya

pabila malam suram
pabila siang terang
dalam malam ada satu cerita
dalam siang ada satu kisah

kisah indah kisah sedih
kisah bahagia kisah duka
cerita cerita

No comments:

Post a Comment