Friday, 16 May 2014

HUJAN

hujan...
adalah rahmat dalam sekelian alam..
pabila kemarau hujan lagi ditunggu kemunculannya
titisan air hujan umpama ujian dalam kehidupan...
hujan berserta ujian serta pengharapan..
setiap manusia suka akan ujian bersabar ketika ujian
ujian untuk menguji keuntuhan kekentalan emosi serta jiwa kita...
siapa lah kita untuk menolak ujian yang sudah tertulis sebelum kita dilahirkan lagi..
apatah lagi telah tercorak indah sekali
pengharapan selepas hujan... akan timbul mentari atau pelangi nan indah
ujian membuatkan kan kita dewasa
hujan memberi kita rezeki..

diri ini amat rindukan hujan
titisan hujan membuatkan hati ini gembira
seperti pokok yang melambai di petang hari
siapa kita untuk menolak ujian...
bersabarlah dengan setiap ujian yang dilalui kerana pasti ada kebahagian di sana

kuat kerana harta berharga yang ada
kuat kerana kuatnya keyakinan kepada MAHA PENCIPTA...

redha akan ketentuannya
sabar dengan kurniaanya

hujan dan airmata
hujan dan ujian
hujan dan rahmat
hujan dan pelangi
hujan dan aku

-nukilan: bittuinmoon

1 comment: