Saturday, 12 January 2013

critera

maaf lah saya bukan fake ya..
saya tak suka nak tonjolkan diri saya saya pun tiada kacau orang tapi kenapa tetiba nak cakap saya fake..
awak awak semua saya menulis hanya berkaitan diri saya harap jangan lah menuduh tanpa usul periksa..
saya harap saya sabar
nama yang saya coretkan pada laman saya (bukan yang ni ya) terhasil semasa saya megandungkan my little boy.. dari mengidam nak makan sesuatu dapatlah nama laman tu...dan saya cuma letak gambar makanan tu sebagai profile picture saya...

Tuesday, 8 January 2013

150 Juta


Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?
Apa kau buta apa kau pura-pura suka
Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
Dia mungkin bengis seperti singa
Tapi dia nangis tonton cerita Korea
Dia mungkin keras bila bersuara
Tapi dia jelas jujur apa adanya
Aku lagi kenal dia
Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata
Sayang mungkin baran tak kira masa
Tapi sayang tahan kalau yang salah saya
Sayang mungkin saja keras kepala
Tapi sayang manja bila kita berdua
Saya kenal sayang saya
Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua

Sunday, 6 January 2013

Air yang jatuh

Air yang jatuh..umun kan..banyak yang terlintas difikiran.tiap titisan yang jatuh ada nilai dan harganya tanpa kita mengetahui dengan hanya memandang tanpa menyelami isi di dalam nya.
Ringkas tapi mendalam..banyak yang tersirat dari apa yang tersurat..perjalanan titisan air yang jatuh ada perjalanan nya yang tersendiri mungkin bernasib baik atau mungkin tidak. Bak kehidupan melaluinya sendiri memberi kita merasai dan bahu yang memikul lagi berat dari yang melihat...
Tidak boleh difikirkan tanpa menyelaminya sendiri sedalam-dalam nya.
Aku dan kehidupan, Engkau dan pilihan... Satu perjalanan dengan satu pilihan..
Pengorbanan??? Bebaloi atau tidak??
Kebahagiaan??? Kasih sayang??? Adakah ianya dapat dirungkaikan atau sekadar memberi alasan untuk mengelakkan jawapan??? Apa yang patut dibuat dan apa pilihan seterusnya... Pilihan....

Saturday, 5 January 2013

Semangat berganda

Pepagi dah bangun membacad semangat mahu pergi jawab ujian..dah bersiap nak pergi terdetik di hati nak tengok jadual ujian....hahahaha...ujian 6/1/2013 kul 3-5pm...woooo alamak teruja sangat nak ambil ujian sampai salah waktu selamat tak pergi lagi kalo tak sorang2 lah kat luar dewan..last2 tersengih sorang2 dan tukar baju...
Moral: tengok jadual awal2 jangan main agak aje n hentam sesuka rasa

Wednesday, 2 January 2013

OKM style

ujian akhir kertas ketiga dalam minggu ini...
selamat membaca yang tak berapa membaca tapi cuba untuk membaca..
hilang fokus rehatkan minda dan kita menulis kembali..

berharap apa yand diusahakan mebuahkan hasil..
selepas ni terus tidur dan esok bangun di awal pagi...
suasana sekarang hujan renyai-renyai tiada bunyi katak cuma bunyi kipas.. hehehe

selamat bermimpi dan beristirehat semua..
moga hari-hari yang mendatang kita sentiasa dalam lindungan-Nya, amin...